LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2025
Pada 12 November 2025, satu Program Siri Lawatan Sambil Belajar PASTI AL-MUQARRABIN 2025 kali ini, telah
dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Pastinya anak-anak syurga ini sangat gembira dengan apa yang mereka
dapat pelajari dalam siri lawatan kali ini. Seawal jam 7 pagi, seramai 31 orang pelajar dari kelas 5 tahun dan 6 tahun,
8 orang waris dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan kali ini.
Pada jam 10.30 pagi, lawatan dimulakan di Taman Lebah di Kota Sarang Semut, Kedah. Pelajar diberi penerangan
tentang lebah dan pelbagai nama spesis lebah, melihat bagaimana sarang dan madu dibuat dan juga pelajar dapat
merasa madu kelulut tersebut. Pelajar diberi peluang memberi makanan ikan keli yang dibela di dalam kolam. Aktiviti
sampingan turut diadakan seperti aktiviti mewarna tentang gambaran spesis lebah. Pihak pemilik Taman Lebah juga
turut memberikan cenderahati kepada setiap pelajar dan juga memberi makan aiskrim madu.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke lokasi Muzium Padi, Kedah. Pelajar mula rasa teruja dengan kecantikan lukisan
besar seolah-olah mereka sedang berada dalam suasana kehidupan masyarakat yang dikelilingi sawah padi. Pelajar
dapat bergambar bersama-sama dengan guru-guru kesayangan mereka sambil melihat pameran yang disediakan
di dalam muzium tersebut.
Kemudian, pelajar di bawa ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara yang berhampiran dengan Muzium Padi, Kedah.
Pelajar berpeluang menyaksikan Pertunjukan Sains STEM oleh kakitangan Pusat Sains. Pelajar juga dapat melihat
pameran Petrosains yang berada di situ serta dapat belajar pelbagai pameran dan aktiviti yang disediakan.
Pelbagai pengalaman dan ilmu yang pelajar peroleh sepanjang lawatan di tiga lokasi yang berbeza. Terima kasih
diucapkan kepada semua guru-guru PASTI AL-MUQARRABIN, waris-waris dan juga Tuan Setiausaha PASTI, Tuan
Jamal Bin Lat yang turut membantu dan memantau pergerakan pelajar dan mengambil gambar kenang-kenangan.
Semoga ia menjadi satu memori yang cukup bermakna bagi semua pelajar PASTI yang mengikuti Program
Lawatan Sambil Belajar pada tahun 2025.

Pasti Al-Muqarrabin, Taman Angsana Kulim
Ahad - Khamis
8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
WAKTU OPERASI
+604-4911025
TELEFON PEJABAT
PASTI AL MUQARRABIN, TAMAN ANGSANA
432, Lorong Angsana 6/1, Taman Angsana, 09000 Kulim, Kedah,

PEJABAT URUSAN
© 2025 PASTI AL MUQARRABIN, TAMAN ANGSANA. Hakcipta Terpelihara.
Pasti Al-Muqarrabin, Taman Angsana Kulim
Ahad - Khamis
8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
WAKTU OPERASI
+604-4911025
TELEFON PEJABAT
PASTI AL MUQARRABIN, TAMAN ANGSANA
432, Lorong Angsana 6/1, Taman Angsana, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia